Wednesday 13 July 2011

SINOPSIS-PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

PENGENALAN
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan
proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya 
di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai  institusi perkembangan ilmu.
Pendidikan kini bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan
komputer, seperti bentuk pengajaran yang  komunikatif dan interaktif. Penulisan ini
seterusnya akan menyarankan kemahiran yang  diperlukan oleh para  guru bahasa untuk
bersama-sama memasuki alam pengajaran  siber dan peranan institusi pendidikan guru
dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara
pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.

ULASAN ARTIKEL
Penulisan ini membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan
komputer, seperti bentuk pengajaran yang  komunikatif dan interaktif. Penulisan ini
seterusnya akan menyarankan kemahiran yang  diperlukan oleh para  guru bahasa untuk
bersama-sama memasuki alam pengajaran  siber dan peranan institusi pendidikan guru
dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara
pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.
Berdasarkan perbincangan ini, jelas  teknologi komputer mampu dan berupaya
untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Dengan
teknologi yang ada kita dapat berkongsi maklumat dan idea dari seluruh pelosok dunia
tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya teknologi ini pelajar dapat belajar
bahasa mengikut kesesuaian masa mereka  sendiri. Kita amat jelas, mengajar bahasa
memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu, selebihnya pelajar sendiri perlu berusaha
memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, dengan adanya teknologi
komputer ini, dengan cakera padat, laman web dan sebagainya membantu mereka belajar
sendiri dan peranan utama pengajar, menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan masyarakat di negara ini masyarakat yang celik computer.Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industrI yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan. Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa, persembahan dan kandungan maklumat masih beracuan barat. Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat.
Penulis mencadangkan agar guru bahasa cuba berkomunikasi dengan pelajar menggunakan komunikasi pengantaran computer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa

DOA AGAR TERHINDAR DARIPADA PELBAGAI KESUSAHAN



“Ya allah tuhan langit dan tuhan bumi dan tuhan segala sesuatu, pembelah biji benih, yang menurunkan taurat, injil dan al-quran. Aku Berlindung kepadamu daripada segala kejahatan sesuatu yang engkau pegang ubun-ubunnya. Ya allah, engkaulah yang pertama, yang tidak ada sesuatu pun sebelummu. Engkaulah yang terakhir, yang tidak ada sesuatu pun selepasmu. Engkaulah yang zahir, tidak ada sesuatu pun yang mengunggulimu, dan engkaulah batin, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripadamu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku daripada kefakiran”
amin..amin…ya rabbal alamin.

Aktiviti Sekolah Kebangsaan Padang Lumat, Yan



Perjumpaan waris tahun enam.

Mendengar ceramah motivasi.

Penyampaian hadiah.




Aktiviti unit beruniform.

Guru pembimbing.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya


“ 2 jenis nikmat yang kebanyakkan manusia mendapat kerugian yang besar iaitu masa sihat dan masa lapang”(h.R.Bukhari)


Friday 10 June 2011

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA
                                                         Oleh
Nazri Bin Abu Bakar
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan
proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya 
di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai  institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan 
yang diberikan terhadap bidang pendidikan  membawa satu implikasi dan impak yang 
serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem 
penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan 
generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia 
yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah 
pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. 

Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang
lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang
pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya
bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.
Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada
faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor
pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari
aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan
secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif,
seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang 2
harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana
yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.

Namun begitu, terdapat kajian yang  membuktikan bahawa kesediaan guru
menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru
bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer
dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di
sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan
yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat
gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.

Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di
dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran
yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik
bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan
modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat
membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.
Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini
demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan
lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara.  Internet kini mempunyai lebih 20 juta
pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan
penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam
sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi
dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para
pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan
tumpuan kepada kaitan antara komunikasi  di alam siber dengan  praktis pengajaran
bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti
elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal
sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication).

Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan
komputer, seperti bentuk pengajaran yang  komunikatif dan interaktif. Penulisan ini
seterusnya akan menyarankan kemahiran yang  diperlukan oleh para  guru bahasa untuk
bersama-sama memasuki alam pengajaran  siber dan peranan institusi pendidikan guru
dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara
pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.

Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan
teknologi komputer dan sistem komunikasi  yang membolehkan teks, bunyi, video, dan
animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat
merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang
tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian,
teknologi ini dapat digunakan  untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti 3
perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan.  Antara perkhidmatan yang
ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web
yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan
talian komputer.

Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran
pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif
perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk
pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan
komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka
menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu  pada masa hadapan. Untuk menjadikannya
suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi
pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.

1.2 Apakah itu Komputer?

1.2.1  Konsep Asas dan Istilah

Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu alat
yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya
dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya.
Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan
untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital.  Apa yang dimaksudkan komputer
digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod
yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0
dan 1) sebelum diproses.  Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang
tidak ditukar kepada bentuk  digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak
digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.

1.3  Sejarah dan Perkembangan Komputer.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan
belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajarpelajarnya. Keseronokan membawa implikasi  pelajar tertarik dan berminat hendak
belajar, manakala guru pula mempunyai  strategi yang boleh mendorong pelajarpelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses
pengajaran pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya
dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan
mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan 4
percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan
terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan
media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan
terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan
e-pembelajaran (e-learning).

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap
dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal  dalam pendidikan perkembangan ini dapat
memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru,
perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah
mempelbagaikan strategi dan memantapkan  sistem penyampaian ke arah yang lebih
berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu
senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan
teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan
sesebuah institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak mungkin
terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran.

Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang
lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas
(sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan
pengajaran secara lebih berkesan.

Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam
proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran
guru yang bersifat “pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana
pemikiran pelajar ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah  berusaha untuk menggunakan pelbagai
pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu. Ia perlu
menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala tindakan.

Amalan guru dalam proses pengajaran  dan pembelajaran di bilik darjah
seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi
jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang
harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan
penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.
Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak
berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber
yang mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan
mencapai hasil pembelajaran. 5

2.0 KOMPUTER DAN PENDIDIKAN

2.1  Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai ependidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia
menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi “... a wide set of applications and
processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and
digital collaboration. It includes the delivery  of content via Internet, intranet/extranet
(LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...”
(http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).

 Justeru  itu,  e-pendidikan  merupakan cara pembelajaran yang menggunakan
pelbagai media dan teknologi mutakhir.

2.1.1  E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing
permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.

i. Untuk Siapa?

Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan
peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.
Justeru itu, e-pendidikan paling  sesuai dilaksanakan untuk  pelajar bahasa asing yang
tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar
ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan
seperti berada di negara berbahasa Melayu.

ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi  yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru
bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:
(a) Kebebasan belajar 6
● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada
hari ini.
● Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan
dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).
● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi
mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video
ataupun ‘secara langsung’.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.
● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
● Pelajar dapat membiasakan diri  dengan pemikiran yang terbuka tanpa
tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.
Teknologi dapat menggantikan keperluan  penempatan guru bahasa di setiap
kawasan.
(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang
sibuk.
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu
rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari
internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus,
terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari
untuk satu mata kuliah) – proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga
selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan
yang lain.
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.
Dalam banyak kajian, komputer telah  didapati berkesan dalam pengajaran
bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi
lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang
dipelajari.
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan
tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya
kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.

2.2 Kekangannya?
Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada
beberapa perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya. Antaranya
termasuklah:
(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi. 7
Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian
dan capaian kepada Internet. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih
relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju
tetapi menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga.
(Walau bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika
dilihat dalam jangka masa yang panjang).
(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.
● Pembelajaran berasaskan Web ini  boleh melekakan pelajar yang kurang
berdisiplin, dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu
melayari laman Web ini.
● Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran
itu, hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui ependidikan.
(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.
Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaranpembelajaran bahasa. berbanding dengan bidang-bidang lain, perisian untuk
pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987).
(d) Kursus yang ditawarkan terhad.

Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam,
kerana kebolehan lisan pelajar tidak  dapat dinilai melainkan dengan adanya
kemudahan tele-persidangan atau  video-persidangan dan ini akan
meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran.
(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.
Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu,
teknologi yang mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan.
Akan tetapi, tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah
teknikal.
(f) Kemahiran komputeran.
Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan
perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan.
(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah
Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan
pengetahuan bahasa yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi
seseorang fasilitator e-pendidikan  bahasa Melayu.  Guru yang  mahir
berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya membantu,
menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi pelajar.

2.3  Produk yang Diperlukan
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini, beberapa
produk asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus yang dapat
menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses
pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan jayanya.Selain itu, laman Web tersebut
perlulah menarik, canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk
suatu jangka waktu tertentu. 8
Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan
dengan mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan
sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan
sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan istilah.
Petikan makalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam
situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati
suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti contoh laman e-pendidikan
berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini, memang ketara kuantiti dan kualitinya
masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama
dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).
Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih
lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun,  adanya (biarpun jumlahnya kecil) lamanlaman Web yang direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi
semangat dan harapan untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar
yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada
masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar
dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah
dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.

3.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA
 BERBANTUKAN KOMPUTER

3.1  Teori Asas Pembelajaran Bahasa
Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian elektronik
telah mempengaruhi amalan dan teori reka  bentuk pengajaran. Faktor-faktor masa kini
dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan
pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek reka  bentuk pengajaran, dan juga
menjadi komponen penting dalam latihan industri. Pendidikan dan industri latihan tidak
boleh abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi pengedaran
lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran
terhadap maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas
pandangan peningkatan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka
adalah aset terbesar, dan harus mengurus  dan menjadikan modal aset itu melalui
pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada pengalaman pelajar. Komputer, 9
telekomunikasi, dan maklumat adalah sangga tuas dalam mempercepatkan sistem
penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar.
Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian, strategi
pembelajaran dan pengajaran berasaskan  teknologi bersepadu  akan menjadi lebih
kompleks dan membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu,
bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi makluman atau
perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti telesidang, dan telekuliah.
Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang
diuruskan komputer. Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan
pelbagai kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan.
Ketidakpuasan dengan hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan
pembelajaran dari pelbagai persepektif.  Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik
dan strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran, lebih mungkin
kita akan menyingkirkan instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.

3.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK)

Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan
teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor
yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua
(B2), beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning)
dengan pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar
secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah
proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak
melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau
suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen
berpendapat bahawa kedua-dua proses ini  tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin
(1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas
antara pembelajaran dengan pemerolehan.  Pelajar yang sedang mempelajari bahasa
secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh
beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.
Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan
dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai  bahasa kedua. Dengan kata lain, sekiranya
sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah, kaya dengan
input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan
penulisan, maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar
tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang
menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana
kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah
ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan
pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis 10
atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2.
Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang digunakan
dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor  afektif seperti sikap, motivasi,
dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata
lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang
dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Pelajar yang runsing tidak
mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau
dipelajarinya itu mudah difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau
penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah,
menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain, dan apa-apa jua perasaan negatif
yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk
memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis
dalam bahasa kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan
supaya guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu
kondusif, memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.
Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu  persekitaran yang kaya dengan input
bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses
pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran
bahasa berbantukan komputer. Komputer ialah suatu alat yang tidak mempunyai perasaan
dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau takut sekiranya membuat kesilapan
dalam proses interaksi pemelajaran bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya
kepada pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan
kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Hal ini mendorong
pelajar untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini.
Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar
yang mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak sepertimana
alat bantu mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat diprogramkan
mengikut tahap tertentu. Pelajar dapat memilih tahap ini untuk berinteraksi dengan
komputer. Dalam proses interaksi ini, pelajar akan dapat menilai kelemahan dan
kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat memberikan
maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Manakala buku latihan perlu
disemak oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama
ada jawapan yang diberikan tepat atau sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer
memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses
pembelajaran bahasa.

Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini, iaitu pendekatan
kognitif. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini
menuntut pelajar untuk memproses arahan atau maklumat, berfikir  secara kritikal dan
kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi, dan kemudian
menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas
seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai  negotiation process (Long 1996)
bagi memahami apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau
menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari.  11
Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan
dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Penggunaan komputer
dalam teknologi maklumat merujuk kepada pengumpulan dan penyebaran maklumat atau
data. Dengan hanya menekan kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum,
pengguna akan dapat mengumpulkan atau  menyebarkan maklumat dengan cara yang
meluas. Dari sudut teori psikologi pendidikan, pendekatan ini dapat dikategorikan
sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang diberikan.
Interaksinya agak minimum. Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak
dapat memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan baik
dan berkesan atau tidak.

3.3 Penjelasan tentang Maklumat, Pengetahuan dan Pembelajaran

Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama ratakan
kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal daripada kajian intensif
terhadap pengaruh media pada masyarakat khasnya berhubungan dengan komunikasi
massa. Pembelajaran berfokus kepada perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat
sesuatu (iaitu prestasi) hasil rangsangan  persekitaran (media). Berbanding dengan
fahaman behavioris, konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran menegaskan
pembelajaran adalah aktif, konstruktif, dan berhaluan gol. Media adalah unsur penting
persekitaran untuk membekal maklumat  yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada
pelajar melalui “penambah”, “talaan”, dan “penstrukturan semual” atau “ciptaan
skemata” (Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai pelajar pasif atau
penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an. Yang penting bagi pendekatan
kognitif ialah pelajar aktif secara mental mengurus dan memproses maklumat.
Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada
struktur skematik yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan yang
diantarakan [mediated] manusia dan bukan  manusia, keperluan pelajar untuk peroleh
maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental bagaimana tanggap dan mengambil
bahagian persembahan skema-relevan untuk  dipautkan dengan dasar pengetahuan sedia
ada (ingatan jangka masa panjang). Inilah  titik permulaan kognisi tertabur. Media dan
sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk
capaian, tawanan, terbaru sebagai sumber  maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan
adalah hasil penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah
pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee, 1997).
Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan
pelajar, dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi
melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan
prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan
mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan kemudiannya prestasi. Pengajaran
berasaskan web, yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan
menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan dicapai
dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita
mereka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua
strategi yang selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan konstruktivis. 12

3.4  Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris, Kongitivis
dan Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Daripada perspektif Behavioris, model  reka bentuk pengajaran Skinner (1953, 1954, &
1958) adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah kecil
yang menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c) pengukuhan respons yang tepat. Ini
telah membawa ke pengajaran berasaskan  komputer lelurus atau  bercabang (Crowder,
1960). Teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka
bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan  ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk
dan perkembangan, serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan penilaian
formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan pandangan
kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan aktif apa
yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan individu.
Pakar teori kognitif  semasa berkembang  daripada rangka ini (contoh: Salomon,
Perkins, & Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi
metakognitif untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang
pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai
mencipta maksud daripada pengalaman. Pelajar membina takwilan peribadi dunia
berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang berbeza pendapat dalam mazhab
konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada individu
ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada
individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi, perbincangan
tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan tertabur merupakan manifestasi
kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud melalui pencapaian (Pea, 1993).
Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya
pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan
pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan
perbezaannya dibincang dengan teliti oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda
(1997). Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang
terlibat. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga  perspektif terhadap  aplikasi. Contohnya,
pendekatan behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am (“mengetahui apa?).
Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di mana
satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh digunakan untuk
penjanaan penyelesaian yang kreatif. Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang
berjaya mempunyai ciri yang disokong ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu
pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada konteks. Aplikasi multimedia dan
komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik membekalkan
adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja  kita memahami dan
menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson dan
Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu atau
kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran. 13

4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1  Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language
Learning  (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK berkembang
daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted
Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK mula diperkenalkan di
University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated
Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan
sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan  perisian PBK, tetapi juga menguruskan
permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan
pelajar, dan memberikan peluang kepada  pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi
melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer
utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun
1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW
(World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia  teknologi maklumat pada tahun
1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang  yang lebih luas kepada PBBK untuk
digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.  
 
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya
popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah
didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBBK masih
baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam internet,
penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di
negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu
pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab
komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan
perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan.
Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK
di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak
swasta, kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya
dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan
pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum.
Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBBK
merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru
(Supyan Hussin 1996). 14

4.2  Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK)

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan kira-kira
125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun
akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan
pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi
maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360)
menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang
dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan
yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."
Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran
lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan
perkataan (contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase, Access), paparan
elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint).
Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user atau  consumer) semata-mata,
tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer  atau designer)
perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Pembangunan dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang
berterusan di kalangan pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih
diserahkan sepenuhnya kepada  pihak swasta atau peniaga  yang tidak terlatih dalam
pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk
mencipta atau membangunkan perisian. Oleh  sebab itu, banyak perisian yang berada di
pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya
dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan
cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian
pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian
Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah  perisian bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh
konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi
memperbaik kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian
sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak  mustahil perisian yang dihasilkan oleh
konsortium atau syarikat swasta  hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan.
Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan berkesan
sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin masingmasing dan memperbaik serta memantapkan perisian tersebut dari masa ke masa. Sekali
gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan
budaya dan pemikiran setempat (pelajar di  sekolah luar bandar, bandar/metropolitan),
kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian  dengan cita rasa pendidik
yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di sekolah akan dapat diatasi.  15
Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia
kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar
dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware)
bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik
algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja
memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang
perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang
(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan
kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti  CoMIL  (Malaysia),  WinCALIS (Duke
University, North Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA),
Real English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools (Teleste Open,
Norway), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan
lebih mudah dan cepat.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan  perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di
universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil
masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi
ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam
jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat
dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara pemelajaran berbantukan komputer
bersama pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di
makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran
kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan
terlibat dengan kerja menghasilkan bahan  perisian komputer). Pengubahsuaian beban
kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat  bagi memastikan sekolah atau institusi
berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
4.3  Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih
terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa
pemelajaran bahasa berbantukan komputer:
• meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980,
Kulik dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat
1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),
• meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris
(Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),
• meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers
1980, Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),
• meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris
(Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),  16
• berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam
mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974,
Fisher 1983, Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),
• berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer
1985, Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline
Mahmood 1998).
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita
percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan
produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan
multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk
mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan
pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak
terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang
lebih bersifat satu hala atau unidirectional.
Penggunaan PBBK multimedia  bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK
mampu memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan  sesuai dengan tahap
kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan  perisian PBBK lebih menarik dan lebih
berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video,
dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari
dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa
pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30%
daripada apa-apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh
sebab perisian PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di
dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pemelajaran bahasa.
Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multimedia,
seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang diberikan,
mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara, dan melihat
gaya pergerakan anggota badan orang yang  bercakap melalui klip video. Ringkasnya,
dengan adanya perisian PBBK multimedia, pelajar dapat mempelajari suatu bahasa
dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa
yang kaya, tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata,
deria telinga, dan deria sentuhan) secara aktif.
Salah satu contoh yang jelas ialah  PBBK di UKM bermula pada tahun 1991
apabila diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan  TESL
(Teaching of English as a Second Language) melalui kursus Educational Technology in
TESL. Matlamat utama kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan ("know-what"
and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam menggunakan alat bantu mengajar
audio-visual termasuklah penggunaan komputer multimedia dalam pengajaran dan
pemelajaran bahasa. Bakal guru ini kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan
komputer dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka.  17
Format kursus  Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua
bahagian: teori dan reka bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti teori
pembelajaran, teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA  (second language acquisition),
rasional penggunaan media tertentu dalam pengajaran, dan pelbagai pendekatan
pengajaran bahasa dibincangkan pada peringkat pertama permulaan kursus. Kemudian
pelajar akan didedahkan kepada peringkat  reka bentuk, pada peringkat ini mereka
mempelajari prinsip reka bentuk arahan (instructional design) sebelum memulakan
projek perisian komputer. Pelajar diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan
mereka mengenai teori pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang
dihasilkan haruslah mencerminkan trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Pelajar digalakkan menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai
budaya, cara pemikiran, serta latar belakang tempatan agar perisian tersebut dapat
memenuhi keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan produk multimedia PBBK,
pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan bahan PBBK multimedia yang
digunakan untuk tujuan pembelajaran. Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada
inovasi teknologi terkini, termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia supercorridor), internet, e-mel, sidang audio, sidang video, dan komunikasi satelit dalam
pendidikan.

Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang
kemahiran pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk
mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring systems) dan
bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages) kepada mereka. Sistem
pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet pelajaran yang telah
disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan,
sistem pengarangan tidak memerlukan guru  itu mengingati sintak arahan atau mahir
dalam logik algoritma bagi mengaturalir program. Sebaliknya, guru dapat memilih
bentuk pelajaran sama ada penerokaan pemelajaran (exploratory), penilaian kendiri (selfassessment), atau sekadar peninjauan (browsing). Guru dapat memilih sama ada untuk
menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan pendek, isi-tempatkosong, atau dikotomous. Selain itu, guru dapat juga menentukan bentuk maklum balas
yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Kebanyakan sistem pengarangan
yang terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik, gambar, animasi, video,
dan bunyi ke dalam teks yang akan menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih
menarik dan bermakna kepada pelajar.

Pada awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem pengarangan
berasaskan DOS, seperti  Pinpoint, Vocab, Wordstore, Storyboard, Gapmaster,
Choicemaster,  dan Testmaster yang dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Britain,
walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti  CoMIL, Dasher, and Gapkit. Lebih
daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara tahun 1991-1993
yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS (Supyan Hussin, Afendi Hamat,
dan Norizan Razak 1998). Kandungan perisian yang dibangunkan merangkum sukatan
pelajaran bahasa Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
Kurikulum Bersepadu  Sekolah Menengah  (KBSM), dan kursus kemahiran bahasa
Inggeris yang ditawarkan di UKM. Sebahagian daripada program tersebut telah diperbaik 18
dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus,
seperti  Curriculum Design and Material Development dan  Testing. Ada pelajar TESL
yang menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek  tahun akhir di UKM.
Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di sekolah
tempat mereka menjalankan latihan mengajar.

Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi mulltimedia menjadi makin
popular dalam pendidikan, sistem pengarangan multimedia semakin bertambah di
pasaran.  LIBRA, WinCALIS, CoMIL, RealEnglish, Course Builder,  dan Teleste Partner
Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. Setelah meneliti program
pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus  Educational Technology in
TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan bersepadu, di
samping pelbagai kemudahan pengarangan  yang lebih menyeluruh jika dibandingkan
dengan sistem pengarangan yang lain. Dari segi pedagogi, WinCALIS lebih sesuai untuk
pembangunan perisian bahasa kerana menawarkan pelbagai templat yang memudahkan
proses pengarangan. Dalam pada itu, terdapat ciri pengajaran yang  sedia terbina dalam
sistem pengarangan tersebut, seperti bentuk soalan, sistem maklum balas, rekod
kemajuan pelajar, dan kemudahan merawak tugasan atau soalan. Sejak tahun 1994,
pelajar TESL di UKM telah membangunkan lebih daripada 50 perisian multimedia
PBBK menggunakan sistem pengarangan WinCALIS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan
Norizan Abdul Razak 1998). Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru pelatih di
sekolah semasa latihan mengajar. Apabila mereka kembali ke kampus semula pada
semester berikutnya, mereka terus memperbaik kelemahan yang ada pada perisian
tersebut sebelum dipindahkan ke dalam CD-ROM.

5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI

5.1  Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
 
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan
kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai
kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia
dan sebagainya. Seterusnya kemunculan  internet telah meluaskan penggunaan ICT
dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai
media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara
langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di
rantau Nusantara ini.  
   19
            Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi  bermakna penggunaan
bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dunia.  Era ICT telah menunjukkan bahasa  Inggeris mengiringi kelahiran pertama
Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan
perkakasan komputer seperti Microsoft,  Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya
diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris.  Perubahan persekitaran ini
menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT
sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk  dimanfaatkan oleh masyarakat  bahasanya?
Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?  
 
            Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan
sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam
ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris.  Perlu diakui bahawa
bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding
dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya
akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang
telah dicapai oleh bahasa Inggeris.
 
5.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT
 
Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu
dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat
bahasanya.  Umumnya, antara isu dan cabaran adalah seperti berikut :
 
Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi
 
            Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa inovasi-inovasi yang pantas
dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit
dalam pasaran antarabangsa. Inovasi-inovasi yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi
baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi  atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan.
Di dalam konteks ini, pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan
pemikiran manusia dalam bidang ekonomi.   Kewujudan bahasa merupakan kepentingan
dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi. Sehubungan
dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu untuk
kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa  lingua franca dalam cabaran ICT.
Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya
memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan
bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis,  Arab
dan Jepun.
 
Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya
            Perkembangan  ICT merupakan  saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di peringkat
maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat  antarabangsa seperti 20
bahasa Inggeris.  Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh
beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam persaingan penggunaan
bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negaranegara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh Portugis, British, Belanda dan Sepanyol
telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu
di kalangan masyarakat bahasanya kerana  perluasan penggunaan bahasa kedua dalam
kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan
kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa
Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa.
Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara
Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.   Malah di beberapa daerah di Thailand
Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa
Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan  dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan
ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan
masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang
serumpun.  
 
Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti dan Inovasi dalam Memantapkan
Penggunaan Bahasa Melayu  

             Masyarakat  bahasa  Melayu  perlu  menerima hakikat  perkembangan  ICT  adalah
berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan
inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.    Ketrampilan bahasa Melayu
di era siber adalah bergantung kepada  sejauhmana masyarakat bahasanya mampu
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Masyarakat bahasa
Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh
pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada
hasil perkembangan global.  Sehubungan itu,  strategi perlu dirancang dengan teratur
untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama.
Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi
oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu
dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini.
Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan.  Senario
abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh  ketidaktentuan serta amat berbeza dengan
perubahan yang dialami sebelumnya.  Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan
penggunaanya di dalam masyarakat dunia.
 
Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris
           
Penekanan  terhadap  K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan
perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul
sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan
kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa.  Perkembangan bahasa Inggeris ini
telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin,
cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh 21
dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang
melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa.
 
             Peluasan  dan  penguasaan  bahasa Inggeris di peringkat  antarabangsa tidak dapat
dielakkan.  Masyarakat dunia secara langsung  telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa
Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi.  Peluasan bahasa Inggeris ini
didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya
melalui kemajuan ICT.  Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan
bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi
dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa.  Manakala, bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya.
Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak
akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya
di dalam ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak  seharusnya
menimbulkan konflik  jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan
penggunaan kedua-dua bahasa tersebut.  
 
Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu
             Bahasa  Melayu  bersifat  keterbukaan dan berkembang dari  semasa ke semasa.
Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang
menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu.  Istilahistilah seperti lampu, almari, bendera, buku,  bola dan meja merupakan contoh-contoh
istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing.  Malah, sebelum penjajahan, bahasa
Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera,
bulan, akhirat dan zahir.
 
             Pengembangan  bahasa Melayu  akan  lebih  ketara  apabila  kita  memasuki  zaman
baru seperti di era ICT.  Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan
diperkenalkan.  Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu
harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru  bagi menterjemaah istilahistilah baru yang asing.  Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber,
laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai.
Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa  Melayu seharusnya  sentiasa dipantau
perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilahistilah asing.  
Keenam :  Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber
 
            Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia
Tenggara.  Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu Singapura’ dan
bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’, dan Malaysia berbangga
dengan ‘Bahasa Malaysia’. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa
Melayu  di dalam era ICT  terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk 22
masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan
menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.
 
             Dalam  merelisasikan  penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah
satu perkara yang boleh diambil mudah dan  remeh temeh.  Banyak kegiatan ilmiah dan
langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa
Melayu  dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat dunia.   Kegiatan-kegiatan
yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai
matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia
dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar
menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu.  Usaha orang perseorangan dan
syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam
alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat
bahasanya.  Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat
maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat.  Dengan
men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang
untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan
imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis,
Jepun dan Cina.  Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa
bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.
 
Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya
 
Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu
sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana
keperluan ICT dagangan.  Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya
melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu  sendiri.  Masyarakat bahasa Melayu mesti
mengguna,  mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan
kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan masyarakatmasyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya
apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.
 
Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang
masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan
sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya.  Persefahaman
dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi
terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan,
perisian dan aplikasi dalam memperkembang bahasa Melayu.  Munsyi Abdullah telah
membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan
tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya.
Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan
dalam era ICT dengan mengaplikasikan  semangat nasionalisme, pengetahuan dan
teknologi terkini.
 
Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan  23
Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan
keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui
sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan
perkembangan ICT.  Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk
menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak
bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi  maya yang diasaskan oleh kemudahan
internet. Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini
merupakan pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan
oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas
menentukan kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem
pendidikan mereka.  Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program
khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan
prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.  
 
Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang.
Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya
selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris.  Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu
boleh menjadi bahasa komunikasi  dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya
jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa
sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.  
 
Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICT
           
Proses  evolusi  bahasa  Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT.
Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai
pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi
tersebut.  Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan penggelungsur
berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia,
Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan
e-mail dan  chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu.
Penerimaan pakai internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat
maya.  
 
Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba
luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ‘bahasa
Melayu Internet’. Misalnya, perkataan-perkataan seperti  kang (nanti), a’kum
(assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan
persal (mengapa).   Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti
sayer (saya), dier (dia) dan  nko (engkau).  Begitu juga dengan kata tanya telah diubah
suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).
 
Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam
evolusi bahasa Melayu.  Namun demikian  manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak
dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri.  Amalan seperti
ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana menyeleweng daripada
hukum-hukum tatabahasa.  Timbul juga perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata 24
bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk
memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi
di peringkat maya.  
 
Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu
percaturan yang menarik dan sihat yang  perlu dimantau supaya tidak berlaku
penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna internet
seharusnya mewujudkan persefahaman  untuk memastikan bahasa Melayu tetap
terpelihara.  Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan sahaja di
dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal
relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya.
Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya
dengan menguasai bahasa itu.  Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa
Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain  dan tahu cara menyebarkan maklumat di
dalam era ICT.  Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti
Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu
usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan
sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat
global.    
           
Perkembangan  globalisasi  dan liberasasi  hendaklah  dilihat sebagai  satu  peluang
masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung
oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT
sepenuhnya.  Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa
Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan  tidak luput dek hujan, tidak lekang dek
panas.  Masyarakat berbahasa Melayu  perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa
di pasaran dunia.  Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat
Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis
meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT.  Bagaimanapun, nilai bahasa
Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat.  Nilai dan harga
bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat
‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa
Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama.
 
Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan
yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang
tulen dan sejati.  Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri
masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia.
Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau  di ruang siber tanpa dipedulikan oleh
masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.  25

6.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

6.1  Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer, modem,
dan talian yang dihubungkan dengan talian  telefon. Dengan adanya komputer yang
dihubungkan dengan talian telefon ini, kita  dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh
raya maklumat, mencapai maklumat, dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan
melalui internet. Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan mel
elektronik, papan buletin, persidangan komputer, sembang siber, dan laman web.

6.1.1 Mel Elektronik
Melalui mel elektronik, pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja.
Walaupun teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara, komunikasi
secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas. Guru dan pelajar dapat
berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan menggunakan perisian
tertentu, seperti  Eudora, Nescape Communicator, dan  Microsoft Explorer. Perisian
komunikasi ini dapat menyimpan, menghantar,  dan mencetak mel elektronik. Penerima
mel pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi melalui mel
elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau tidak formal.
Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah.
Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di
tempat yang jauh. Walau bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap
tidak sempurna kerana tiada intonasi, ekspresi wajah, dan gerak laku yang turut
merupakan unsur penting dalam komunikasi.

6.1.2 Papan Buletin
Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan
pemelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan maklumat
kursus, seperti latihan, tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan kepada
pelajar. 26

6.1.3 Persidangan Komputer
Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih
banyak pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan
menulis mesej, serta berbincang secara spontan tentang suatu isu. Para guru bahasa
Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan
dengan bahasa.

6.1.4 Sembang siber
Perkhidmatan ini membolehkan para pelajar  berbual-bual dalam bentuk bertulis, iaitu
dengan menggunakan teks. Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak formal dan
tidak terancang. Perbualan dapat dilakukan  bersama-sama dengan pengguna lain yang
mengunjungi laman sembang siber ini. Guru bahasa Melayu dapat mengatur pertemuan
dengan pelajar di laman ini supaya satu  bentuk perbualan yang mencapai keperluan
kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan.

6.1.5 Laman Web
Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan, latihan, atau maklumat
kursus dalam talian. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya
pelajar dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang dipelajari.
Laman ini dapat dibangunkan dengan lebih  lengkap untuk tujuan pengajaran. Jika
komputer mempunyai kemudahan multimedia, pelajar juga dapat mendengar dan melihat
imej yang diprogramkan. Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan  memberikan
motivasi kepada pelajar. Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam
pengajaran bahasa Melayu.

6.2  Masalah dan Cabaran
Persoalan untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu ditangani secara
bijaksana oleh pengkaji dan pencinta BM.   Persoalan ini perlu diambil berat agar
kedudukan dan kedaulatan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sentiasa
terpelihara.  Amanat yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan (Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak)  ialah sebahagian daripada persoalan yang perlu dikupas dan
dibicarakan oleh semua pihak.  Dalam amanat itu, Menteri Pendidikan menyeru supaya
BM dimajukan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat agar BM tidak mudah
diketepikan dengan alasan bahawa pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa
Inggeris adalah lebih mudah.  Hal ini sedemikian kerana jika BM terus disisih dan
terpinggir, keperibadian bangsa Malaysia akan turut terjejas.

Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi maklumat sedang dan
terus dilakukan oleh pihak yang terlibat, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan
Multimedia Super Coridor (MSC), Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan  Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi  Swasta (IPTS), ahli akademik, pencinta 27
bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa mengambil berat akan masa depan dan
kedudukan BM.  Namun demikian, dalam melaksanakan usaha murni itu, terdapat
masalah dan kekangan yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada BM untuk terus
dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat.  Masalah dan cabaran
ini perlu diatasi bagi merealisasikan hasrat tersebut.  

Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam
Perlembangan Malaysia jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.  Hal
ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang berbunyi:
“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen
dengan syarat bahawa:  

a. tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain;
(Perlembagaan Persekutuan 1993)
Kedudukan dan keutuhan BM dalam Perkara  152 di atas membuktikan bahawa
kedudukan BM hendaklah dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun tidak
rasmi.  Hal ini tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat.  BM hendaklah diguna pakai
dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa sebarang prejudis terhadap kebolehan dan
keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas segala maksud seperti halnya bahasa
Inggeris.
Dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai bahasa siber, sudah tentu BM
mengalami cabaran getir dalam menyaingi  kemantapan bahasa Inggeris yang telah
dijulang sebagai bahasa dunia.  Namun, permasalahan ini bukanlah titik terakhir untuk
kita mengalah dan memberikan laluan kepada bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa
siber di negara kita.  Kita seharusnya berganding bahu dalam menghadapi segala masalah
dan cabaran yang mendatang, sekiranya semua  pihak ingin mengecapi kejayaan.  Hal ini
bertepatan  dengan kata-kata bekas Ketua  Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr.
Abdul Shukor Abdullah (1999) yang ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber
dalam era mutimedia.  Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan
dalam penyediaan perisian maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang dijanjikan
oleh Menteri Pendidikan.
Pemertaban bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan, bahasa ilmu, dan sebagainya  sering menghadapai saingan dan cabaran.
Masalah dan cabaran ini perlu dihadapi  dengan secepat mungkin dan bijaksana agar
kemelutan ini dapat diatasi dengan segera.  Terdapat banyak masalah dan cabaran yang
dihadapi oleh BM dalam usaha untuk dimahkotakan sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat ini.  

6.2.1  Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Universal
Pemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama di  dunia tidak
dapat dinafikan.  BI diagung-agungkan melalui pelbagai nama.  Phillipson memberikan28
dua gelaran kepada BI iaitu yang pertama sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa
dan kedua sebagai bahasa perhubungan luas dan jendela dunia.  Memang sewajarnyalah
BI dinobatkan sebagai bahasa utama dunia kerana perkembangannya, pemakaiannya, dan
penerimaannya dalam semua aspek kehidupan di dunia seperti politik, sosial, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain lebih awal daripada BM.  Peranan BM dalam kesemuaaspek ini
hanya mula berkembang selepas negara mencapai  kemerdekaan sehingga kini.
Namun demikian, pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM untuk
sama-sama mendapat pengiktirafan pengguna BI.  Dalam konteks ini, pengguna dan
penerima BM hendaklah memainkan peranan penting.  Seharusnya persaingan dengan BI
menjadi asas yang kukuh untuk meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan BM dalam
teknologi maklumat.  Tidak mustahil BM diterima dengan mudah sebagai bahasa siber,
kerana secara semula jadi, BM memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan BI baik dari
segi ejaan, sebutan, makna dan sebagainya.  Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI –BM
ini perlu diambil kira dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM
dalam teknologi maklumat.  Dengan cara ini,  kita berharap BM akan menjadi bahasa
siber lebih cepat daripada yang dijangkakan.

6.2.2 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi Maklumat
Penggunaan BI sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah lama
berlaku.  Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika merupakan faktor
dominan BI terus diangkat menjadi bahasa  teknologi maklumat.  Penciptaan pelbagai
perisisan komputer seperti perisian Microsoft, Lotus, IBM, Apple dan sebagainya jelas
menunjukkan pemonopolian BI sebagai bahasa siber yang utama.  Kemajuan dan
perkembangan teknologi maklumat pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa
BI terus mendominasi semua program dan perisian dalam teknologi maklumat.
Pengenalan Internet misalnya, jelas memperlihatkan pengaruh kuat BI terhadap pengguna
Internet di seluruh dunia.  Bagi mereka  yang ingin menerokai alam Internet, mereka
terpaksa menggunakan dan memahami BI.  Segala arahan yang terpapar pada skrin menu
semuanya dalam BI.
 
6.2.3  Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM
Sanjungan terhadap BI amat berkaitan  rapat dengan sikap yang terlalu mengagungagungkan statusnya.  Tidak dapat dinafikan bahawaVI terlau hebat disaingi oleh manamana bahasa, terutamanya bahsa dunia dan bahasa antarabangsa yang lain pada ketika
ini.  Tidak dapat dinafikan juga peranan BI sebagai bahasa penyalur kebanyakan ilmu.
Kehebatan BI memang tidak dapat kita nafikan, tetapi pada masa yang sama kita harus
berbangga dengan kemampuan dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang lampau, kini
dan akan datang.
Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa siber dalam bidang
teknologi maklumat dalam kalangan rakyat perlu dikikis dan dibuang.  Perasaan buruk
sangka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kebolehan BM untuk dijadikan bahasa
siber.  Kini, diketahui bahawa ramai  yang memandang rendah akan kemampuan dan 29
kebolehan BM sebagai bahasa siber.   Mereka seboleh-bolehnya cuba menafikan
kemampuan  dan kebolehan BM dan dalam masa yang sama terus ‘merajakan’ BI sebagai
bahasa siber di negara kita.
Dalam konteks negara Malaysia, kita  seharusnya menyanjung usaha kerajaan
untuk melihat BM dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam dunia teknologi
maklumat.  Kita seharusnya sama-sama menyumbang ke arah mensiberkan BM sebagai
bahasa siber dalam teknologi maklumat.
6.2.4  Kekurangan Perisian Bahasa Melayu
Biarpun BM sudah mantap kedudukannya, hasrat kita untuk mensiberkan BM akan
terjejas sekiranya perisian dalam BM masih  kurang dihasilkan.  Perisian yang terdapat
dalam pasaran semuanya dicipta oleh pengeluar perisian ternama duniaseperti Microsoft,
IBM, Apple dan lain-lain.  Ketiadaan perisian dalam BM merupakan salah satu faktor
yang menghalang usaha menjadikan BM sebagai bahasa dalam bidang teknologi
maklumat.
6.2.5  Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa Melayu
Secara dasarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam
pembentukan atau penggubalan istilah baru dalam BM.  Pelbagai usaha dibuat oleh DBP
bagi memperbanyak istilah baru khususnya peminjaman istilah daripada bahasa asing
khususnya BI.  Tetapi, masalah penciptaan istilah yang berkaitan dengan teknologi
maklumat yang seratus peratus menggunakan BI sedikit sebanyak menjejaskan peluang
BM  untuk sama-sama bertapak sebagai bahasa  siber.  Bahasa istilah daripada BI tidak
dapat diterjemahkan ke dalam BM sebaliknya dikekalkan dalam BI.  Kekangan
peristilahan daripada BI ke BM menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat
menjadi bahasa siber utama bersama-sama dengan BI.
Di samping kekurangan istilah BM dalam komputer dan Internet, terdapat juga
istilah BI  yang telah diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat.  Ketidaktepatan men
terjemah istilah bahasa siber ini ke dalam BM akan menjejaskan peluang BM untuk
dijadikan bahasa siber.  Secara tidak langsung akan terus memahkotakan BI sebagai
bahasa siber tanpa digugat oleh BM.
6.3 Penyelesaian Masalah
Permasalah dan cabaran yang dikemukakan ini ialah sebahagian daripada banyak
masalah dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh B.M sebelum dapat
dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman  teknologi maklumat ini.  Oleh itu, bagi
mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber, langkah untuk mengatasi
permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari.  Hal ini bertepatan dengan hasrat Menteri
Pendidikan yang menyeru agar perancangan bahasa, pejuang bahasa, sarjana bahasa dan
sastera, kerajaan, IPT awam dan swasta, syarikat-syarikat bertaraf MSC, orang 30
perseorangan dan lain-lain agar dapat bersepadu memikirkan cara untuk menjadikan BM
sebagai bahasa siber dalam era teknologi maklumat kini.  Antara jalan penyelesaiannya
ialah:
6.3.1  Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
DBP memainkan peranan penting ke arah memantapkan penggunaan istilah teknologi
maklumat terkini.  Perterjemahan istilah  daripada BI dan BM yang terdapat dalam
teknologi maklumat dapat membantu BM menjadi bahasa siber secepat mungkin.
Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari internet dilakukan dengan segera,
nescaya BM mampu digunakan sebagai istilah siber setanding dengan BI dalam internet.
Hal ini secara tidak langsung akan membantu penggunaan internet dalam dan luar negara
mempelajari BM sebagai bahasa siber.  
DBP telah menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan
kepada penggunaan komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi maklumat
daripada BI ke dalam BM.  Usaha mentejemahkan dan mengamuskan istilah bahasa siber
berterusan agar hasrat untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber akan menjadi
kenyataan.
6.3.2 Kementerian Pendidikan
Kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tidak ketinggalan berusaha
menjadikan BM sebagai bahasa siber.   Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah
awal ke arah menjadi BM sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat.
Misalnya, dalam konteks pengajaran dan  pembelajaran, kandungan kurikulum BM
sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM yang dipelajari di sekolah pada
masa kini.  Menurut Khododi Haji Ahmad  dalam nota ringkas tentang pentafsiran
sekolah bestari, kurikulum BM sekolah bestari lebih memberikan tumpuan kepada:
• Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar sebagai alat
pengayaan ilmu dan alat untuk berkomunikasi.
• Usaha menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang
kognitif, fizikal, efektif dan emosi secara bersepadu.
• Kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui
pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusateraan.
• Rasa bangga dan cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang
dihasratkan.
Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian daripada manifestasi tersurat
dan tersirat untuk melihat BM dijadikan bahasa siber. Komitmen KPM untuk memberi
keutamaan di dalam penyelesaian perisian bagi semua mata pelajaran sekolah bestari
dalam BM jelas.  Kini terbukti banyak perisian bagi mata pelalaran BM, Sains dan
Matematik telah dalam BM.
Di samping itu, pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah bestari
yang  dirancang dilaksanakan sepenuhnya  pada tahun 1999.  Misalnya, KPM telah
mengikat perjanjian dengan syarikat MSC  untuk membina perisian pendidikan dari 31
Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan menggunakan BM.  Setiap perisian yang dibuat
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Edisi Sekolah
Bestari.  Semua perisian dalam BM ini diharapkan akan dapat membantuk memantapkan
kedudukan BM sebagai bahasa siber dalam dunia teknologi maklumat dan pendidikan di
negara kita.
6.3.3  Perbadanan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Perbadanan MSC ditubuhkan oleh kerajaan  bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan
sebuah negara yang terulung di rantau sebelah sini dalam dunia teknologi maklumat.
Pembinaan kompleks MSC di Sepang merupakan rentetan daripada impian negara untuk
merealisasikan teknologi maklumat sebagi  medium dalam setiap urusan kehidupan di
negara kita, temasuk dalam dunia pendidikan.
Dari aspek pendidikan, Perbadanan MSC tidak ketinggalan dalam usaha
membantu KPM dan kerajaan untuk sama-sama menadikan BM sebagai bahasa siber di
MSC.  Misalnya, Perbadanan MSC dengan bantuan DBP telah sama-sama menterjemah
istilah dalam bahasa teknologi maklumat daripada bahasa Inggeris ke BM sehingga
terhasilnya Kamus Komputer.  Malah, Perbadanan MSC juga berusaha memperbanyak
halaman web dan “home page” yang menggunaka BM sebagai pengantarnya dalam
internet.

6.3.4  Memperbanyak Halaman Web
Langkah kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan berjaya
sekiranya rakyat tidak sama-sama menjayakannya.  Antara sumbangan rakyat dalam
mensiberkan BM dalam dunia teknologi maklumat adalah dengan mewujudkan halaman
web dan  “home Page” sama ada secara individu, berkumpulan, organisasi dan
sebagainya telah menampakkan  kejayaan.  Jika kita tinjau dalam internet misalnya,
terdapat beribu-ribu halaman web dan “home page” yang ditulis dalam BM.
Dengan wujudnya  halaman wab “home  page” dalam BM dan beridentitikan
negara Malaysia, kita mengharapkan masyarakat untuk mempelajari BM.  Perkara ini
tidak mustahil untuk dicapai.  Apabila BM tersebar luas dalam dunia siber terutamamya
dalam internet, sudah pasti kita akan  menjangkakan penggunaan untuk mengetahui
maklumat yang ditulis dalam BM.
Usaha untuk menobatkan BM sebagai  bahasa siber perlu mendapat sokongan
daripada semua pihak, terutamanya daripada mereka yang cintakan BM, baik kerajaan,
agensi kerajaan, agensi swasta, orang perseorangan mahupun sesiapa sahaja untuk samasama memahkotakan BM sebagai bahasa siber seperti yang dikehendaki oleh KPM.
6.3.5  Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan Guru 32
Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam
pendidikan supaya latihan perguruan yang  ditawarkan dapat membantu para guru
menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan
beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah
langkah menerapkan dan mengintegrasikan  komponen penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi berperantaraan komputer.

Supaya para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan
komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program
perguruan itu sendiri. Di samping itu,  tahap literasi teknologi maklumat perlu
ditingkatkan. Kursus yang berkaitan  dengan teknologi maklumat yang merangkum
pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya secara praktis
patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat
perlu mengambil tiga komponen. Komponen itu ialah:

1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan
perisian asas dan aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi
dalam pengajaran, seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan
multimedia dalam pengajaran.
2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari
bahan dan menilai keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai perisian,
menganalisis kesesuaian maklumat dan hasil kerja pelajar, dan mengetahui aspek
pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat.
3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran
membangunkan perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web, dan
mengisinya dengan maklumat pengajaran.

Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu
mempunyai pengetahuan minimum berikut:

1. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat seperti
Nescape Navigator, Microsoft Explorer, dan sebagainya.
2. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik.
3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti.
4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.
5. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam persidangan
komputer dan sembang siber.
Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren sematamata, tetapi untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini,
literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar.

Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka dengan segera untuk membolehkan
komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai
alat bantu mengajar bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu
mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan 33
berkomunikasi dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar
yang memiliki komputer peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar
tersebut kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992
dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan komunikasi
pengantaraan komputer dalam pemelajaran  suatu kursus lebih baik apabila mereka
mempunyai kemudahan komputer di rumah.

6.4  Kelebihan Menggunakan Komunikasi Pengantaraan Komputer

Beberapa kajian tentang komunikasi berperantaraan komputer dan keberkesanannya telah
dijalankan dalam usaha membantu pelajar menguasai suatu bahasa. Kebanyakan kajian
ini berkaitan dengan pengajaran bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat
dijadikan asas untuk mencuba menggunakan  komunikasi pengantaraan komputer dalam
pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991)
menggunakan mel elektronik dalam pengajaran  bahasa Inggeris dan mendapati bahawa
para pelajar dalam kajian ini dapat menulis dengan berkesan. Mel elektronik ini turut
membantu pelajar berkomunikasi dengan guru secara lebih teratur.
Mowrer (1996) mengatakan bahawa  komunikasi pengantaraan komputer
merupakan bentuk komunikasi yang unik dan  dapat membantu pembelajaran di dalam
kelas. Melalui mel elektronik, pelajar dapat berhubung dengan guru tentang pelbagai
masalah bahasa. Pelajar yang malu atau  jarang-jarang bersuara dan mengeluarkan
pendapat di dalam kelas akan berasa lebih selesa apabila berkomunikasi dengan guru
melalui mel elektronik. Komunikasi pengantaraan komputer dapat membantu
perhubungan pelajar-guru dan pelajar-pelajar, di samping dapat merapatkan jurang
berbezaan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar lain dalam kursus yang sama.
Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel elektronik dapat
membantu pemelajaran bahasa. Mel elektronik mengaplikasikan strategi pemelajaran
berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Para pelajar dapat berkomunikasi secara spontan.
Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara institusi yang berlainan dapat dijalankan
secara kolaboratif. Penggunaan perkhidmatan komunikasi ini membolehkan lebih banyak
projek bahasa dijalankan dalam talian sahaja. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan
mengurangkan tempoh pelaksanaan suatu projek.

6.5  Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer

Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau sembang siber
dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar.
Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang
berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini merentas sempadan dan budaya.
Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah memenuhi objektif pengajaran bahasa dan
mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber. 34
Penggunaan komunikasi pengantaraan  komputer dapat meningkat autonomi
pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran  yang interaktif. Pelajar dapat mengambil
bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan
berkaitan dengan pemelajaran.  Walau bagaimanapun, pelajar perlu lebih
bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar dan
menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada
pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan
lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih
dan bantuan kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi
asas pengajaran jarak jauh.
Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi
antara dua buah institusi pengajian atau lebih. Di samping itu,  guru dan pelajar dapat
berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk
komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik.
Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik,
dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap, menjimatkan
kos dan masa, dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar.
Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat
kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan bilik seminar, kos
pengangkutan, dan penginapan para pengajar.
Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi
pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang betul dan
memenuhi strategi pemelajaran bahasa  dan prinsip pengajaran bahasa. Dengan
menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini, para penggunanya tidak perlu
bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan komputer ini mempunyai prospek
yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas perundingan yang
merangkum tugas membaiki penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para
pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak
banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian
ini. Penulis berpendapat bahawa komunikasi  pengantaraan komputer ini lebih praktikal
dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu, kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu
dilakukan.
Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal,
komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi
dan menjimatkan. Oleh sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan baik, komunikasi
pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang
baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau  bagaimanapun, guru harus peka terhadap
komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi berperantaraan komputer ini kadangkadang dieksploitasi untuk tujuan yang tidak baik, tidak beretika, dan tidak bermoral.
Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk 35
membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan
betul.

7.0 HALA TUJU PEMBELAJARAN BAHASA
 BERBANTUKAN KOMPUTER

7.1 Harapan dan Masa Depan
Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka
pengajaran multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul
sedia kala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod “siasat
dan putus”. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk  pelajar ke fail-fail video oleh pakar
dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai pelayan institusi melalui web dan
dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap
masalah yang dipaparkan. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam
dalam pemilihan jawapan, dan juga masukkan respons berbentuk esei.
Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum
balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan
dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang
dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambatlaun akan mengesan pangkalan pengetahuan  untuk kemajuan diri. Tugas muktamad
adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai
aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Mod
ini akan memenuhi kriteria “belajar melalui membuat” bukan untuk belajar. Lamakelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.
Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar
bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario
dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990),
universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran
maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru kemudian akan diperoleh
melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown, 1986). Persekitaran yang
menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari
muka (Schrage, 1990). Intranet/Internet  dan WWW akan menjadi tulang belakang
maklumat.
Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini
harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini bahawa
sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup, dan kleinnya juga kenal
dan faham komputer. Pengajaran akan memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik36
dengan penggunaan pangkalan-pangkalan pengetahuan sepenuhnya. Modus operandi
adalah seperti berikut:
● Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.
● Menggalakkan pelajar “ingin tahu” dan jelajah pelbagai sumber
maklumat.
● Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.
● Bekalkan maklum balas pakar.
Pengajar meletakkan asas, dan pelajar mencari penyelesaian secara individu atau
kolaboratif. Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk pelayan untuk
diuji alatan pangkalan data pelayan. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas, kemajuan
dan skor timbun tambah dirakam untuk tindakan pengajar. Dengan tersebarnya banyak
perisian dan begitu banyak maklumat dalam internet, perlombongan pengetahuan boleh
dilakukan untuk mengesan dan memuat simpan maklumat relevan pada pelayan pengajar,
dan tidak menghadkan pelajar ke isi tempatan. Kepakaran dalam perisian dan konfigurasi
perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian.
Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara
talian tetapi ia masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai
pendekatan modul interaktif bercetak sedia  ada! Di samping itu kita perlu memahami
sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem Rangkaian Hibrid yang dikatakan sistem
yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan pangkalan-pangkalan
pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset atau pangkalan pengetahuan. Kita
boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1)  sebagai sesuatu yang disokong dengan talian
komunikasi dalam dan luar tapak.
Di samping itu terdapat interaksi aktif  pelajar dengan alat  pangkalan data untuk
capai keapada pelayan atau pangkalan data. Sistem hibrid membenarkan pelajar bertindak
balas bukan sahaja dengan isi CD-ROM semasa belajar, tetapi  juga menjelajah dan
mengembang dari pangkalan data tetap melalui pangkalan data tertabur. Di samping
interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan, pelajar boleh berkomunikasi
dengan orang lain melalui alatan perbincangan seperti ruang sembang, e-mel dan listserv.
Pangajar, sebagai gedung pengetahuan, boleh berkomunikasi dengan pelajar secara
sinkroni atau asinkroni, dan boleh mengubahsuai, pinda, atau mengehadkan capaian
kepada pangkalan pengetahuan jika perlu. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan satu
mekanisme memuat simpan pengetahuan dan tersedia untuk orang lain.
Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk menyampai
maklumat terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat mengakibatkan pelajar
belajar, dan hasil akhir biasanya merupakan (tetapi tidak terhad kepada) kemahiran dan
pengetahuan, dan pengajaran dan latihan. Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam
prestasi yang bertambah baik dalam situasi sebenar (dan tidak sahaja pada situasi rekaan).
Apa yang diandaikan ialah pindahan pembelajaran dari yang disimulasi ke yang
praktikal. Bagi mereka yang menyayangi paradigma konsstruktivis, “penggunaan
pengetahuan dalam situasi sebenar” tidak  dipanggil pindahan pembelajaran, tetapi
konstruksyen semula untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru! 37
Teknologi menambah nilai kepada kurikulum, tidak mempengaruh perubahan kualitatif
(mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer, 1999).
Pemilihan keputusan pengajaran yang tepat untuk memilih reka bentuk yang
sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk Web dan Lebuh Raya
Multimedia. Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja; sistem sokongan
pembelajaran harus ada, dan bekerjasama dengan persekitaran pembelajaran dalam
organisasi. Melalui komunikasi elektronik, mengimbas persekitaran luar dan menawan
pengetahuan yang wujud dalam organisasi. CD-ROM Hibrid dengan struktur web atau
lebuh raya merupakan mod berkesan untuk memperoleh  pangkalan-pangkalan data sedia
ada untuk muat simpan serta pembinaan pengetahuan. Kini Sekolah Bestari dibekal
dengan CD-ROM, dan kemungkinan besar pengajaran tidak terhad kepada isi yang
termuat pada CD-ROM. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga
menambah baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web
supaya apabila pengguna (guru  dan pelajar) klik padanya,  mereka dapat akses kepada
laman web yang sesuai untuk tujuan pengayaan dalam bidang yang dibicarakan. Ini akan
membantu dalam arah pembinaan persekitaran web hibrid untuk sekolah.
Oleh sebab rangkaian WWW  sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan
penggunaannya pula agak meluas, langkah yang dapat diambil oleh institusi pendidikan
seterusnya ialah memilih perisian PBBK multimedia yang terbaik yang dihasilkan oleh
pelajar, dan menempatkan perisian itu dalam laman web. Langkah ini akan memudahkan
perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam "bilik darjah/kuliah yang tiada
sempadan." Langkah ini membolehkan lebih banyak bahan PBBK multimedia tempatan
digunakan di dalam negara dan di dunia luar.
Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur
budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita percaya
bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk
memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Hal ini akan memupuk semangat
toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia. Kandungan perisian
PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih
banyak pengunjung dan pengguna. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar
akan lebih banyak terlibat dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk
pembelajaran bahasa tanpa sempadan, penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan
perisian untuk laman web dari masa ke  semasa, pemantauan kemajuan pelajar,
penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar, dan pengurusan pembelajaran bahasa
yang lebih dinamis.
Dalam tahun-tahun yang mendatang, lebih banyak institusi pengajian tinggi akan
menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk pengembangan teknologi
maklumat dan aktiviti berkaitan dengan teknologi maklumat dalam pendidikan. Aktiviti
pembangunan perisian PBBK multimedia haruslah diperluas bukan sahaja bagi
menampung kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan, malahan aktiviti
pembangunan perisian PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan
untuk jangka panjang. Sekali gus, sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan 38
menggunakan internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan datang akan
menjadi lebih mantap. Perisian PBBK multimedia akan terus mendapat tempat di dalam
dunia tanpa sempadan pada alaf baru ini.
Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang
meluas di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan
dalam negara bertolak daripada inisiatif  pendidik secara individu dan tidak digerakkan
oleh institusi pendidikan atau kementerian. Walaupun pada umumnya kos pembangunan
perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam jangka masa pendek, kebaikan yang
dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan
pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih
terserlah. Di samping itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan
lebih banyak pendidik untuk  terlibat secara aktif  dalam merancang kandungan
pemelajaran yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat
dicapai dari jauh melalui internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan
pelajar. Dengan hal yang demikian, para pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada
pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.
7.2 Syor dan Cadangan
Dalam menghadapi globalisasi, rintangan terhadap penggunaan bahasa Melayu
dalam teknologi maklumat amat besar sekali. Penghayatan dan promosi penggunaan
bahasa Melayu menjadi semakin sukar  apabila kepentingan ekonomi menjadi
cagarannya. Namun, jumlah penutur bahasa Melayu yang melebihi 200 juta di dunia ini
sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa teknologi maklumat
serantau yang mempunyai nilai ekonomi. Kini yang amat  penting ialah kekuatan dan
semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat ini, termasuk kerjasama yang bersepadu
antara semua negara berbahasa Melayu.
Selain itu, pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan
penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat,antaranya termasuklah:
1.  Memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang
berjuang memartabatkan bahasa  Melayu dalam teknologi maklumat.
Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau anugerah
secara berkala.
2.  Menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan. Pihak kerajaan, melalui
Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat  menyediakan perkhidmatan mencari
istilah dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan
penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara percuma. Perkhidmatan
ini dapat dipopularkan melalui gerbang web bahasa Dewan Bahasa dan
Pustaka yang sedia ada.
3.  Menyediakan prasarana yang lebih  dinamik untuk pengembangan istilah
dan bahasa dalam gerbang web DBP yang sedia ada. Sesiapa sahaja boleh
memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang perkara baru yang
timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi maklumat. 39
Pengesahan terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya dapat
dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa yang dilantik. Dengan cara ini
sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan
perkembangan teknologi maklumat itu sendiri.
4.  Meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat
berbahasa Melayu pada peringkat negara serantau yang mampu
memberikan pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya.
5.  Melonggokkan perisian aplikasi generik berbahasa Melayu yang murah
dan mudah diperoleh di pasaran negara. Usaha ini dapat dilakukan dengan
bantuan pihak seperti NITC (National IT Council), Perbadanan
Pembangunan Multimedia (MDC), dan IPTA.
Dalam era teknologi maklumat ini, tampaknya hanya bahasa Inggeris yang
diiktiraf sebagai bahasa global. Walau bagaimanapun, John Naisbitt dalam buku The
Global Paradox, mengatakan bahawa semakin "global" dunia ini semakin kuat pula
timbulnya kesedaran nasionalistik penduduk setempat seperti yang sedang berlaku di
beberapa buah negara Eropah. Oleh sebab itu,  kita amat berharap agar usaha teknologi
maklumat dapat diseiringkan dengan keperluan terhadap globalisasi.
Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula ialah :
1. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan yang
mengcukupi bagi menyediakan prasarana dan peralatan untuk membangunkan
dan menggunakan ICT dalam pangajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan di PSPN, PKG dan PSS sebagai
tempat untuk guru-guru mendapat nasihat dan latihan.
3. Sediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang ICT bagi semua guru-guru
untuk menghadapi perkembangan ICT bagi masa hadapan.
4. Makmal-makmal komputer perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah untuk
memberi peluang kepada setiap  pelajar menggunakan komputer dan
memahirkannya.
5. Perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih
profesional.
Berdasarkan kepada syor  dan cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi
dapat dilaksanakan demi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer  ini merupakan satu cabaran yang perlu
diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu celik komputer dalam
menghadapi alaf baru. 40

8.0  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER DI SEKOLAH

8.1  Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan
diperolehi. Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk meningkatkan
pendidikan. Contoh demi contoh merujuk kepada teknologi perkaskasan seakan-akan
teknologi-teknologi itulah yang membawa  kepada hasil yang diharapkan. Pada
sebahagiannya ini mungkin benar, tetapi yang merumitkan ialah memastikan proses yang
selari dengan teknologi itu berfungsi. Kerap kali kelemahan teknologi disembunyikan
dan tidak diberi perhatian langsung. Pengajaran boleh dilatih, pelajar didorong menyertai
dalam percubaan Pembelajaran Bestari, perkakasan mungkin berada, tetapi adakah
pendekatan kepada pengajaran novel atau inovatif?
Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa
sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian. Beberapa pengajar mungkin
tertarik dengan idea konstruktivisme, tetapi akan menghadapi masalah melaksanakannya
dalam bilik darjah. ICT boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan
pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Jika pengukuran
pencapaian mungkin boleh dipersoalkan.  Kita boleh menyepadukan ICT dengan lebih
berakal kalau kita memahami teknologi-teknologi lembut.
8.2  Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah
senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara
konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi
sesebuah negara. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi
masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka
Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat
dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan
agar pengarjaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan
teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. Dengan perkembangan teknologi
maklumat inilah, kita tidak dapat lari  dari menggunakan komputer. Hal ini kerana,
komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar
maklumat tanpa mengira sempadan dan masa. Atas kesedaran bahawa bahasa Melayu itu
harus bergerak maju ke depan, maka satu laman web.
www.khazanahmelayu.mmu.edu.my dibina. Diikuti oleh perisian kursus “Bahasa Melayu
untuk Penutur Asing’ melalui intranet Universiti Multimedia dengan Dewan Bahasa dan 41
Pustaka dihasilkan. Melalui pengalaman-pengalaman inilah dapat menyingkap sejauh
mana komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Kertas
kerja ini akan memfokuskan kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis di samping kemahiran tatabahasa  yang sering dititikberatkan dalam sesuatu
pengajaran bahasa.
Dalam pengajaran bahasa terdapat tiga kemahiran penting yang sering
dititikberatkan iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu kita
lihat sejauh mana komputer dapat memainkan peranannya dalam kemahiran-kemahiran
ini.
8.2.1  Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan, syarahan,
pidato, perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa dan ahli keluarga,
mendengar nyanyian, puisi, seloka, pantun, gurindam, berita, menonton drama, filem dan
sebagainya. Keperluan untuk mendengar ini  boleh berlaku di mana-mana sahaja
mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial, mendapatkan hiburan atau maklumat
dan pengetahuan.
Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan
dalam satu perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana
mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali.
Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan
itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul. selain daripada itu adat resam,
disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan. Misalnya
bagaimana hendak memulakan percakapan, bagaimana hendak mencelah dan
menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.
Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas
dimulakan. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan memahami topik
pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu, semasa di dalam kelas,
pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru menerangkannya.
Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga
sebagai alat yang menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami
apa yang didengar ini penting. Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan
diperlukan. Untuk setiap topik di dalam perisian kursus disediakan latihan bagi menguji
tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan mendengar petikan, perbualan
atau sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti mana yang telah
disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah,
siapakah, bilakah atau di manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah,
bagaimanakah, jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat
dikendalikan di dalam ruang forum atau sembang, atau melalui e-mail.
Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula
memainkan peranan penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai 42
panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan berlangsung, maka di dalam
kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu
menarik minat pelajar untuk dibahaskan.
Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun
dan sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu, irama dan
intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisipuisi Melayu ini dan mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model
bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar. Bacaan pantun boleh kita dengar
dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” di permulaan dan penutup setiap
modul.
Untuk kemahiran bertutur, ucapan atau  petikan boleh dipertonton kepada para
pelajar, misalnya ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC
oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed. Selain daripada itu, video tentang perisitiwa 11
September 2001. Bahan ajar seperti ini boleh dijadikan topik perbincangan yang hangat
di dalam kelas.
Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar
mendengar ia akan meniru model tersebut apabila bercakap nanti. Oleh itu, pemilihan
model adalah penting dalam pengajaran bahasa. Di Malaysia  sendiri mungkin kita
tertanya-tanya intonasi, gaya dan sebutan yang bagaimanakah yang betul dalam bacaan
berita, di RTM, TV3 atau NTV7?
Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan  pelajar bertutur
menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku, maka model bahasa Melayu amat diperlukan.
Di Malaysia sendiri kita terkeliru apatah  lagi pelajar-pelajar bahasa Melayu di luar
negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarkan bahasa Melayu di
luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarluaskan contoh dan
model ini yang disahkan oleh pakar bahasa seperti yang akan temui dalam cakera padat
“Tatabahasa Bahasa Melayu”.
8.2.2 Kemahiran Menulis
Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU
termasuklah melalui e-mail, ruangan sembang dan laman web
www.khazanahmelayu.mmu.edu.my.
Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi, terlebih dahulu saya menjelaskan
format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota yang telah
sedia ada di dalam ‘nota talian MMU’. Kemudian diberikan iklan jawatan kosong yang
disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta soalan supaya mereka menulis surat
kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang  diiklankan kepada saya melalui e-mail.
Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari segi isi, format, pemilihan kata dan
tatabahasa, akan dihantar semula kepada pelajar jawapan permohon berserta pembetulan
jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa. 43
Selain daripada itu, melalui ruangan sembang dan e-mail juga, dikemukakan topik
atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah
ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. Setiap pelajar mesti
mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar
terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis.
Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut.
Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan
laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan
peribahasa. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh
bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh
bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau cerita kanak-kanak mereka
boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah
pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini  mengikut kehendak dan imaginasi sendiri.
Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna
atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk
menulis atau untuk perbualan sehari-hari.
8.2.3  Kemahiran  Membaca
Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar, misalnya membaca berita,
laporan, pengumuman, taklimat dan sebagainya, contoh atau model diberikan dalam
perisian kursus supaya pelajar dapat meniru model bahasa lisan yang baik.
Dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” misalnya, disediakan audio dan
teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu pelajar
menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan
masing-masing.
Paparan dalam cakera padat ini juga  disediakan dengan menarik. Umpamanya
selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan
animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari.
Misalnya dalam satu skrin terdapat teks “Anggota bomba menaikkan tangga”. Ada
animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan tangga dan “voice over” yang
menyebut ayat tersebut. Begitu juga dengan teks, animasi, imej dan voice over “Anggota
bomba menaiki tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran itu”. Kedua-dua ayat ini
mempunyai perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para pensyarah
menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya, gabungan elemen-elemen
multimedia dapat membantu dan memudahkan pemahaman pelajar. 44
8.2.4 Kemahiran Tatabahasa
Selain daripada kemahiran berbahasa, kemahiran tatabahasa juga merupakan salah satu
daripada elemen penting yang perlu dikuasai. Mungkin bagi sesetengah orang, tatabahasa
merupakan sesuatu yang membosankan. Namun begitu, melalui teknologi komputer ini
mampu untuk kita menangani masalah ini. Misalnya di dalam cakera padat ‘Tatabahasa
Bahasa Melayu’, penerangan tentang konsep  disampaikan dengan memberikan definisi,
huraian, contoh dan latihan.
Sesuatu topik tatabahasa dimulakan dengan bahan rangsangan yang
memperkatakan tentang tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut
memperkenalkan adat, budaya dan topik tatabahasa tersebut. Setelah pelbagai corak, gaya
dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti
audio, video, animasi, teks dan grafik, diikuti pula oleh latihan.
Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada pelbagai
jenis, misalnya soalan aneka pilihan, betul dan salah, padanan, seret dan letak, mengisi
tempat kosong dan sebagainya. Apa yang menariknya, setiap pilihan jawapan itu
disediakan dengan respons yang menyatakan sebab-sebab jawapan itu salah atau betul.
dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu walaupun jawapan pilihannya salah.
Satu lagi keistimewaan cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” ialah
terdapatnya Petua Munsyi iaitu petua, nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
kepada para pengguna untuk memahami tatabahasa bahasa Melayu.
Begitu juga dengan prototaip yang dibina untuk “Warna-warna Malaysia” iaitu
gabungan laman web (yang mencerminkan tentang geografi, tempat-tempat menarik,
budaya dan ekonomi di Malaysia) dengan cakera padat, ‘Belajar Bahasa Melayu’. Dalam
topik kata tanya misalnya, sediakan bahan rangsangan iaitu perbualan di kaunter
pertanyaan di sebuah hotel. Setelah memperkenalkan kata tanya dan ayat tanya tersebut,
diikuti pula dengan definisi dan huraian serta penerangan tentang  kata tanya dan ayat
tanya serta contoh-contohnya. Untuk memantapkan lagi kefahaman pengguna, sediakan
soalan-soalan yang berkaitan dan jawapan atau respons bagi setiap pilihan jawapan.
Berdasarkan perbincangan ini, jelas  teknologi komputer mampu dan berupaya
untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Dengan
teknologi yang ada kita dapat berkongsi maklumat dan idea dari seluruh pelosok dunia
tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya teknologi ini pelajar dapat belajar
bahasa mengikut kesesuaian masa mereka  sendiri. Kita amat jelas, mengajar bahasa
memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu, selebihnya pelajar sendiri perlu berusaha
memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, dengan adanya teknologi
komputer ini, dengan cakera padat, laman web dan sebagainya membantu mereka belajar
sendiri dan peranan utama pengajar, menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri. 45
Namun tidak dinafikan, dengan teknologi komputer ini menuntut kita meluangkan
lebih banyak masa dan tenaga untuk berfikir, mencari idea-idea yang kreatif dan kritis
dalam pengajaran berbantukan komputer. Pastinya guru tersebut perlu pakar dalam
bahasa dan juga tahu menggunakan teknologi komputer walaupun tidak sebijak pakar
TM (teknologi maklumat) atau pakar komputer yang menjadi bidang utama mereka.
Bukanlah suatu perkara yang mudah juga untuk kita menghasilkan laman web
atau perisian kursus, namun jika kita menggabungkan pakar-pakar dalam bidang
multimedia, teknologi maklumat, reka bentuk bahan pengajaran dan pakar kandungan
atau subjek, hal ini tidak menjadi masalah dan objektif kita untuk memperluas sempadan
geografi penggunaan bahasa Melayu, di samping memperkenalkan bahasa, sastera dan
budaya Melayu kepada masyarakat antarabangsa bukan satu omong-omong kosong lagi.
8.3  Inovasi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Di negara kita, inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dibahagikan kepada dua frasa utama.  Frasa pertama bermula pada tahun 1981 hingga
tahun 1989.  Frasa ini lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di
bawah aktiviti kelab komputer sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup.
Frasa kedua pula bermula pada tahun 1990  dengan pendekatan yang lebih condong
kepada pengajaran berintegrasikan komputer.
Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran, maka
pada bulan Jun 1992, Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar yang
terkenal sebagai “Projek Komputer dalam Pendidikan” di 60 buah sekolah menengah.
Bagi memperluas penggunaan komputer di kalangan pelajar, maka program ini
diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah.
Pada tahun 2001, pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah sekolah
bestari di bawah projek Rintis Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan.  Dalam projek
rintis ini, sebanyak empat mata pelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah telah
menggunakan perisian kursus yang disediakan secara berperingkat-peringkat.  Mata
pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains,
dan Matematik.  Perisian kursus berkenaan disediakan oleh empat buah syarikat swasta
dengan usaha sama Kementerian Pendidikan.
Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan
menggunakan perisian kursus yang dibina  khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk, atau
pelajaran.  Melalui perisian inilah, pelajar atau pengguna akan mempelajari sesuatu, sama
ada secara bersendirian ataupun dengan bimbingan guru.
Melalui pengajaran berbantukan komputer, pelajar dapat terangsang untuk belajar
iaitu belajar sendiri tanpa guru, memilih kemahiran atau tajuk mengikut urutan tertentu,
mengulang pelajaran beberapa kali mengikut keperluan, belajar mengikut keupayaan dan
kelajuan masing-masing, berlatih menyebut, membaca dan menghafazkan sesuatu 46
mengikut model yang diperdengarkan, memperoleh maklum balas segera dalam bentuk
teks, suara atau grafik, maklumat tambahan dan sebagainya.
Dalam mata pelajaran bahasa Melayu,  terdapat tiga kemahiran utama iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi
pelajar-pelajar tingkatan tiga.  Bagi pelajar tingkatan satu, dua, empat dan lima, tiga
kemahiran tersebut ialah bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.  Di
samping kemahiran tatabahasa merupakan aspek penting dalam mata pelajaran bahasa
Melayu.  Dalam hubungan ini, kita akan dapat melihat bagaimana pentingnya komputer
membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan melalui kemahiran
tersebut.
 Dengan  menggunakan  perisian  kursus,  pelajar akan dapat meningkatkan
kemahiran berpidato, berdebat, berpuisi, dan sebagainya.  Hal ini demikian kerana pelajar
dapat mendengar model tentang kemahiran tersebut dengan betul.  Setelah mendengar,
pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan,
intonasi, gaya dan irama yang betul.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, kita dapati bahawa pelajar dan pengguna
bahasa Melayu masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu seperti
bestari, debat, panel, peka dan sebagainya.  Dapatkah perkataan tersebut disebut dengan
betul?  Lazimnya, dalam bahagian lisan, perkataan tersebut akan dipaparkan pada skrin
yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang menyebut perkataan tersebut mengikut
sebutan baku.  Pengguna kemudiannya dikehendaki mengajuk menyebut perkataan itu
dengan betul.
Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan
yang diperdengarkan.  Contohnya, bagaimana pelajar hendak membaca berita, membaca
laporan, membaca pengumuman, membaca pantas, menyatakan makna berdasarkan
konteks menganalisis maklumat membuat taakulan dan membuat rumusan?
Lazimnya, perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
akan menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan kebolehan
pelajar dalam kemahiran berkenaan.  Contohnya, dalam hal membaca berrita, bentuk
sebutan, intonasi, dan gaya yang bagaimanakah yang seharusnya diikuti, jika model
bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai panduan pelajar?
Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masingmasing, dalam perkembangan bahasa Melayu, harus ada yang baku atau standard
sekurang-kurangnya dari segi  intonasinya atau sebutannya.  Oleh itu untuk panduan
sekolah, perisian kursus yang disediakan  juga mengambil pertimbangan tentang cara
bacaan berita yang betul dan baku.
Di samping itu pemaparan bahan juga  disediakan dengan menarik.  Contohnya,
selain teks, disediakan juga gambar, grafik, animasi dan sebagainya bagi memudahkan
pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang  sedang dipelajari.  Bagi teks tertentu, 47
terdapat juga pop-up, sama ada dalam bentuk penerangan ataupun gambar yang bertujuan
untuk memberikan kemudahan membuat  rujukan secara serta merta.   Pop-up ini
digunakan hanya apabila diperlukan oleh  pelajar, iaitu dengan mengklik perkataan
berkenaan.  Sebaik sahaja perkataan diklik, maka terpaparlah penerangan ringkas tentang
perkataan tersebut yang kadang-kadang disertai gambar atau animasi yang sesuai.
Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa
Melayu termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat.  Contoh karangan
berformat ialah surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi.  Dengan menggunakan
perisian kursus, maka pelajar akan diberikan tutorial tentang cara menulis surat rasmi dan
surat tidak rasmi.  Penerangan yang terdapat dalam tutorial ini bersifat ansur maju, iaitu
latihan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga pelajar mahir menulis surat
mengikut format yang betul.  Di samping itu, bagi memudahkan pelajar, templat tertentu
disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai ditempat
kosong yang terdapat dalam templat berkenaan.
Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari.
Aspek tatabahasa ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial.  Tutorial ialah
penerangan tentang sesuatu konsep yang disampaikan dengan memberikan definisi,
huraian, dan contoh yang berkaitan.  Tutorial disampaikan dengan berperingkatperingkat, iaitu bermula daripada konsep yang paling mudah sehinggalah peringkat yang
lebih kompleks.  Setiap peringkat itu disediakan dengan latihan  yang sesuai dengan
konsep yang diterangkan.
Lazimnya, perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk
subjektif.  Namun demikian, jika talian berbentuk subjektif diperlukan, contoh atau
cadangan jawapan untuk semakan pelajar atau penggunakan disediakan.
Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer.  Guruguru perlu menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer di era globalisasi
ini.  Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang ini perlulah lebih meluas dengan mengikuti
kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.
Seterusnya, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran berbantukan
komputer di sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus literasi teknologi
maklumat dari semasa ke semasa.  Hal ini amat penting bagi menyediakan guru-guru
bahasa yang mampu menangani cabaran-cabaran di dalam pengajaran berbentuk maya
ini.  Selain itu, modul pembanguNan perisian juga wajar ditawarkan kepada mereka bagi
melahirkan guru-guru bahasa yang berkebolehan dan berliterasi untuk memproses
perisian bahasa melayu dengan menggunakan sistem pengaturcaraan.  Modul
pembangunan perisian ini juga perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian
bahasa Melayu yang dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya
Melayu.  Sehubungan itu pakar bahasa Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang
pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian kursus yang
terdiri dari pakar bahasa, pengatur program komputer dan pereka grafik. 48
Institusi Pengajian Tinggi  dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan
pertandingan mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan
perisian yang sedia ada dan menggalakkan  pembangunan perisian bahasa itu.  Dengan
pertambahan ini, pengajaran bahasa berbantukan komputer dapat berkembang kerana
komputer dan perisiannya dapat membantu meningkatkan pangajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
Dengan ini, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan di
luar kelas formal dan ini satu strategi  untuk mengembangkan bahasa Melayu di dalam
dan di luar negeri.  Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh
dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar bahasa yang lebih ramai.
Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya merupakan salah satu aktiviti yang
menarik dan dapat memantau usaha memperbanyak lagi bahan pengajaran bahasa
Melayu di dalam internet.
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku dengan
menggunakan komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak pengguna bahasa
dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi.  Hal ini di sokong oleh kajian Harasim
(1989 dan 1990), dan Walther (1996).  Sebagai guru bahasa di alaf baru, penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu diperluas dan
dipertingkat lagi demi mengembangkan bahasa Melayu di alam siber.
Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru perlu
mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang
ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam
pengajaran.  Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan
untuk melatih guru.  Antaranya:
• Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur
internet dan menggunakan alat teknologi maklumat.
• Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi
kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran.
Berdasarkan fakta tersebut inovasi  yang begitu ketara dalam pengajaran
menggunakan teknologi maklumat khususnya komputer ialah:
a)  Pengajaran bahasa Melayu menggunakan  komputer  dapat  membantu    
interaksi pelajar agar lebih interaktif dan spontan.  Soalan-soalan yang
diajukan di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet
mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat.  Pelajar dapat mengetahui
jika jawapan yang mereka berikan itu betul atau salah.  Jika salah mereka
akan diberi penerangan dan pertolongan dalam talian juga ada disediakan.
Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk memberi motivasi
kepada pelajar akan dipaparkan di skrin.  Interaksi ini adalah dua hala
antara pelajar dengan komputer.
b)  Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh
diprogramkan di dalam bentuk multimedia.  Bahan maklumat dapat
disampaikan dengan data, teks, imej, video, animasi, bunyi dan suara.49
Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok
hanya kerana ia disampaikan dengan animasi dan bunyi.  Ini membantu
suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan dan
hidup.  Penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah.
Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam
kehidupan ke dalam bilik darjah dan  menjadikan proses pembelajaran
lebih realistik.  Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu
timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.
c)  Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (student centered).
Pengajaran komputer membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap
pelajar dengan tiada halangan dan  bias.  Ini sejajar dengan kaedah
pendidikan masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar.  Setiap
pelajar juga dapat mengawal pembelajaran bahasa Melayu masing-masing
dari segi kelajuan, kemahiran, dan tahap latihan.  Dari segi kelajuan,
pelajar boleh melambatkan atau mempercepat pelajaran bahasa mengikut
kesesuaian tahap kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing.
Jika dilihat dari segi kemahiran pula, pelajar boleh memilih pelajaran
bahasa sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu peringkat permulaan,
pertengahan atau mahir.  Pelajar yang mahir mungkin tidak perlu
melakukan latihan permulaan.  Dari  segi latihan pula, pelajar boleh
membuat latihan dengan berulang kali atau membuat cubaan menjawab
secara berulang-ulang tanpa merasa malu jika membuat kesilapan.
Pelajaran yang diulang-ulang ini juga tidak berubah dari segi mutu
penyampaiannya.
i. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri.  Dengan kaedah
pembelajaran bahasa menggunakan komputer, pembelajaran bahasa boleh
dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di dalam kelas bahasa
yang formal atau di dalam makmal  komputer.  Pelajar boleh mengikuti
pelajaran bahasa di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain
yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam
suasana yang kondusif untuk pembelajaran mereka.  Waktu pembelajaran
juga terhad.  Dominasi guru juga dapat dikurangkan dan ini dapat
membantu pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi
maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat demikian dengan
komputer.
ii. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas.  Penggunaan komputer
membolehkan interaksi pelajar dan guru dijalankan walaupun di luar bilik
darjah dan di luar waktu pengajaran.  Pelajar, guru dan pentadbiran
sekolah boleh berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di
dalam dan juga di luar sekolah.  
iii. Penilaian boleh dijalankan secara  komprehensif.  Penggunaan komputer
membolehkan penilaian dijalankan di  dalam talian di mana ia lebih
komprehensif.  Komputer berupaya untuk mambantu para guru membuat
set penilaian, menjalankan penilaian  dan menilai set soalan penilaian
mereka dan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan tersebut.  Soalansoalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan50
soalan-soalan berkenaan dipanggil penilaian berkomputer.  Penilaian di
dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk
diselesaikan dengan cara mencari maklumat tertentu.  Kerja ini boleh
dilakukan secara berkumpulan atau individu.  Pelajar akan dinilai dari segi
kebolehan mereka  menilai maklumat, menggunakan maklumat dan
mempersembah maklumat mereka dalam bentuk laporan atau
persembahan.
iv. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu.  Peranan guru bahasa adalah lebih
sebagai fasilitator dan juga pengemudi ilmu.  Tugas guru di dalam kelas
yang menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk mencari
maklumat, menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan
maklumat yang tersedia untuk menyelesaikan masalah.  Guru-guru juga
berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari
segi teknikal.

8.4 Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Tingkatan  :  Dua Amanah
Masa  :  80 minit
Tajuk :  Pencemaran Air

Objektif :  Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
1.  Menyenaraikan jenis-jenis, punca, sebab dan akibat
     pencemaran air.
2.  Mencatat isi penting daripada bahan yang dibaca.
3.  membuat rumusan berdasarkan hasil perbincangan.
Hasil Pembelajaran :     8.0  Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
Utama        

Hasil Pembelajaran :     8.1  Menjaring maklumat mengikut klasifikasi.
Khusus                          8.3  Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat
                                             yang telah disusun.
Huraian Hasil  :            Aras 3 : i. Mengumpulkan maklumat dengan mengemukakan
Pembelajaran       fakta, bukti dan dengan alasan yang wajar.      
Kemahiran Bahasa   :  Mendengar, bertutur dan menulis
Kemahiran KBKK   :  1.    Membuat pengkelasan
   2.    Menerangkan sebab
Kemahiran ICT  :  1.    Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat
          pengkelasan) dengan menggunakan Microsoft
          Organizational Chart 2.0 atau MS Word 2.
   2.    Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat   51
          inferens) dengan menggunakan MS Word 3. mengakses
          internet.
Pengetahuan Sedia Ada: 1.   Pelajar telah mengetahui tentang pencemaran alam.
    2.   Pelajar mempunyai asas perisian MS Office dan
          Microsoft Organizational Chart 2.0.
Nilai  :         Bekerjasama, mensyukuri nikmat Tuhan, berdikari,
                      hormat-menghormati, semangat bermasyarakat.
Penyerapan Ilmu :         Sains, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
         
Langkah/Masa  Aktiviti  Bahan  Catatan
Set Induksi
(5 minit)
i.    Guru menunjukkan
      persembahan power point
      berkenaan pencemaran.
ii.   Pelajar memerhati dan
      menghayati persembahan
      power point.
 
Persembahan MS
power point.
Langkah 1
(20 minit)
i.    Guru meminta pelajar
      membuat pengkelasan
      jenis- jenis dan punca
      pencemaran alam dengan
      menggunakan lembaran
      pengurusan grafik
ii.   Guru menunjuk cara
     penghasilan lembaran  
     pengurusan grafik dengan
     menggunakam MS
    Organization Chart 2.0 atau
    Ms Word.
iii.Pelajar mempersembah
    hasil kumpulan.
iv.Guru membuat rumusan.
Perisian MS
Orgaizational
Chart 2.0 atau MS
word
Aktiviti
kumpulan
KBKK-
membuat
pengkelasan
Alternatif
perisian:
MS word –
ajar
kemahiran
guna Text
box”,
‘Table’
Langkah 2
(25 minit)
i.  Guru meminta pelajar
    mengakses laman web
    berkenaan dengan
    pencemaran sungai.
Internet
http://agrolink.mo
s.my/moa1/newpaper/alamsekitar
ue970803.html
Aktiviti
kumpulan
  KBKK-  
menerangka52
ii. Guru meminta pelajar
    menyenaraikan sebab,
    akibat   dan bukti
    pencemaran daripada artikel
    yang dibaca dengan
   menggunakan lembaran  
   pengurusan grafik.
iii.Pelajar mempersembah
    hasil kumpulan.
iv.Guru membuat rumusan.
http://agrolink.mo
a.my/did/river/csk
1/salahlaku1.htm
MS word
n
 sebab
Alternatif
bagi sekolah
tiada internet
/ kesukaran
akses internet
: guna artikel
yang sudah
dimuat turun.
Langkah 3
(25 minit)
i.  Guru meminta pelajar
    merumuskan hasil
    perbincangan yang meliputi:
   *  Jenis pencemaran
   *  Punca
   *  Cara mengatasi
ii. Guru memberi tugasan
     kepada pelajar untuk
     menghasilkan sebuah
     karagan bertajuk
    ‘Pencemaran Sungai’
     berdasarkan fakta yang
    dibincangkan.
Lembaran
kerja
Penutup
(5 minit)
i. Pelajar diberi penerangan
   tentang kerja lapangan.
ii.Guru menyediakan contoh
   laporan yang bakal
   disediakan oleh pelajar.
Persembahan MS
power point

9.0 KESIMPULAN

Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu agenda
dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor Raya
Multimedia (MSC). Projek yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti kerajaan
elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi pemangkin kepada pembudayaan
teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini
masyarakat yang celik komputer. Hal ini  amat penting untuk memastikan teknologi
maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan
sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan
teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.
Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat
yang sedang berkembang di Malaysia kini  masih berbudaya asing. Sebahagian besar
unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat.
Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan
dengan persembahan dan kandungan maklumat.
Dalam bidang komunikasi pengantaraan  komputer dapat menarik lebih banyak
pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan.
Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih
mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Hal ini telah disokong oleh
kajian Harasim (1989), Harasim (1990), dan Walther (1996). Penulis menyarankan agar
guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi
pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan
pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam
internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta
meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa.
Selain itu, berdasarkan  teaching, learning and computing: a national survey of
school and teachers, center  for research on information technology and organizations
indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:

i.  Sekolah awam boleh mengases internet.
ii. Internet disambungkan dalam bilik darjah.
iii. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.
iv.  Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.
v.  Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
vi.  Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
vii.  Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
viii. Internet digunakan dalam subjek pengajran.
ix.  Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran.
Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu
menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat 54
menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi
untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat membantu guru meningkatkan
perkembangan profesional mereka melalui latihan, pembelajaran dan kursus-kursus yang
diadakan.

Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT
dalam pendidikan menjadikan:
i.  Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar
ii. Meningkatkan emphasis ke atas individu
ii.  Lebih masa untuk guru menasihati pelajar
iii. Meningkatkan minat dalam pengajaran
iv.  Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi
v.  Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi
vi. Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru
vii.  Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi
pengajaran
viii. Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat.
iv.  Tingkatan pentadbiran guru dan komunikasi dengan ibu bapa.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

BIBLIOGRAFI

Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.
      Boston: Butterworth-Heinemann.
Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:  
      Routledge.
Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive
      domain. London: Longmans.
Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:
      Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.
Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of
      Educational Research, 53, 445-459.
Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology
      Research and Development, 42, 21-29.
Crowder, N.A. (1960). “Automatic tutoring by instrinsic programming”. Dalam A.A.
      Lumsdaime & R. Glaser (Eds.) Teaching machines and programmed learning: A
      source book (pp. 286-298). Washington, DC: Development of Audiovisual
      Instruction, National Educational Association.
Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &  55
      Bacon.
Ertmer, P.A. (1999). “Addressing first-and second-order barriers to change:
      Strategies for technology integration”. Educational Technology Research and
      Development, 47(4), 47-61.
Fongs S.F. & Ng. W.K. (1996). “Instructional Design Considerations for prototyping
      multimedia computer-based learning courseware”. Kertas kerja dibentangkan
      dalam MCCE EDUCOMP’96 Symposium, suatu Persidangan antarabangsa yang
      dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan
      Computertimes dan IBM, di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 28-29 Mei
      1996.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1998). “Authoring Considerations for Effective Multimedia
      Softwares”. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference
      sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational
      Research Association] di Ferringhi Beach Hotel, Pulau Pinang, 28-30, Disember,
      1998.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1999). “Effects of Animation on Learning of Mitosis on a
      Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological
      Profiles”. Kertas kerja dibentangkan dalam Malaysian Educational Research
      Association-Educational Research Association of  Singapore MERA-ERA
      (Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of
      Singapore) Joint Conference 1999 yang bertema “Educational Challenges in the
      New Millenium” dan dikendalikan di Melaka, 1-3 Disember, 1999.
Harasim, L. (1989). “Online Education: A New Domain” dlm. Mason, R. Dan Kaye,
      A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education.
      Oxford: Pergamon Press.
Harasim, L. (1990). Online Education: Perspective on a New Environment.
      New York: Praeger.
Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New
      Jersey: Prentice Hall International.
Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. 1996. Information Technology and
      Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.
Lorentsen, A. (1989). Presentation and Analysis of Project Computer Aided Distance
      Teaching: A Project at Jutland Open University, Aalborg: Aalborg University,
      Department of language and International Studies.
Mason (1989). “An Evaluation of Cosy an Open University Course” dlm. Mason, R.
      Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance  56
      Education. Oxford: Pergamon Press.
Mowrer, D.E. (1996). “ A Content Analysis of Student/Instructor Communication via
      Computer Conferencing” dlm. Higher Education 32: 2, hlm. 217-241.
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri
      Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran
      Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
      Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa
      Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.
Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991). “English by E-mail Creating a Global
      Classroom via The Medium of Communication Technology” dlm. ELT Journal
      45: 5, hlm. 287. Oxford University Press.
Walther, J.B. (1996). “Computer Mediated Communication: Impersonal Interpersonal
      and Hypersonal Interaction” dlm. Communication Research 23: 1. Sage
      Periodicals Press.
Wells, R. (1992). Computer Mediated Communication for Distance Education:
      An International Review of Design, Teaching and Institutional Issues,
      Pennsylvania: American Centre for The Study of Distance Education,  
      Pennsylvania State University Press.
Wild. R. H. Dan Winniford, M. (1993). “Remote Collaboration among Students
      Using E-mail” dlm. Computer Education 21: 3, hlm. 193-203. Pergamon Press.
Wong, P. (1999). “Preparing Student Teachers for IT Integration into Instruction”.
      Prosiding Persidangan Tahunan ke-12, The Education Research Association, hlm.
      83-90. Singapura: Educational Research Association.